Friday, December 24, 2010

Janin......

Hari ini aku pergi tengok cerita janin besama-sama makcik aku sekeluarga,cerita itu punya TAJUK punyalah seram ya AMAT selepas 40 minit tengok aku rasa cerita itu macam filem NGANGKUNG saja sebabnya tiada langsung babak yang seram dan teperanjat.itu komen tentang ke-SERAMAN cerita.Ini pula pasal jalan cerita filem itu,jalan cerita filem menarik dan pandai untuk 'cover' tentang 'flash back' dalam filem tersebut dan pengakhiran bagi cerita itu kurang berkesan sebab tidak tahu apa yang berlaku.
Ini sinopsis bagi filem ini
                                                                  (poster filem janin)
(Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehulangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang-orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera)

No comments:

Post a Comment